KLUSTER MENGKETIL MENINGKAT DI KELANTAN
Kluster Mengketil terutamanya mencatatkan pertambahan kes yang mendadak dengan peningkatan 41 kes dalam masa lima (5) hari.
Kes-kes dalam kluster ini mula dikesan di daerah Machang tetapi kini telah menular ke daerah Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Mas dan Kuala Krai. Kluster ini bahkan telah menular ke daerah Besut di negeri Terengganu.
Kluster ini menunjukkan kebolehjangkitan yang tinggi dan terdapat risiko penularan yang tidak terkawal sekiranya PKPB tidak dilaksanakan.Selain daripada kluster mengketil, terdapat enam kluster yang aktif, iaitu Kluster Ikhtisas, Cergas, Kube, Kaya, Simera dan Jalan Meru yang masih dipantau di negeri Kelantan.
Penilaian risiko juga telah dijalankan di negeri-negeri lain untuk menentukan sama ada PKPB boleh ditamatkan atau perlu diteruskan.
Walaupun PKBB telah ditamatkan di beberapa negeri, terdapat keperluan pelanjutan tempoh PKPB di sesetengah daerah kerana penilaian risiko menunjukkan risiko jangkitan yang masih tinggi di daerah tersebut. Oleh itu, masyarakat perlu sentiasa patuh kepada SOP yang telah ditetapkan oleh KKM dan MKN walaupun telah kembali kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). - FAUZI MZ/SMNET NEWS