KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 2,555 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 49,056 kes (80.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Pada hari ini, 26 November 2020, kes baharu harian COVID-19 di negara kita adalah sebanyak 935 kes. Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 60,752 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,348 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat empat (4) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 931 kes adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.
Negeri Sabah hari ini melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 326 kes (34.9 peratus). Ini diikuti oleh negeri Selangor sebanyak 161 kes (17.2 peratus) dan Negeri Sembilan 158 kes (16.9 peratus).
Sebanyak 103 kes (11.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap dan penjara yang membabitkan Kluster Bakti (95 kes), Kluster Tembok (5 kes), Kluster GK Tawau (2 kes) dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes).
Perincian 935 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 26 November 2020 adalah seperti berikut:
- Sabah: 326 kes
- 61 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bot Biru dan Kluster Blok 31;
- 157 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 108 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Selangor: 161 kes
- 52 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Dua (2) kes import dari luar negara; dan
- 82 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 158 kes
- 147 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 79 kes
- 75 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 60 kes
- 54 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Gemilang;
- Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 59 kes
- 30 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Sungai Udang;
- Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: 28 kes
- 19 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Chengal; dan
- Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 24 kes
- 23 kes daripada kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 17 kes
- Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Damar Laut;
- Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan: 13 kes
- Enam (6) kesdaripada kluster-kluster sedia ada;
- Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: Lima (5) kes
- Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Sarawak: Empat (4) kes
- Dua (2) kes import dari luar negara; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.