KKM LAPOR LIMA KLUSTER BAHARU HARI INI
KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;
- KLUSTER D’BAJARU
Kluster ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes-kes bagi kluster ini mula dilaporkan positif COVID-19 sejak 11 November 2020 hasil saringan komuniti di dua kampung berisiko tinggi. Sehingga 25 November 2020, sejumlah 609 individu telah disaring, di mana 90 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER GANGSA
Kluster ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-56262) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 23 November 2020. Sehingga 25 November 2020, sejumlah 78 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Ini melibatkan satu (1) warganegara dan 29 bukan warganegara.
- KLUSTER BATU TUJUH
Kluster ini melibatkan daerah Batu Pahat dan Johor Bahru di negeri Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-54703) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 22 November 2020. Sehingga 25 November 2020, sejumlah 144 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER TANJUNG BUNGA
Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru di negeri Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-53639) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 November 2020. Sehingga 25 November 2020, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER KERENGGE
Kluster ini melibatkan daerah Marang di negeri Terengganu. Kes indeks (iaitu kes ke-49709) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 17 November 2020. Sehingga 25 November 2020, sejumlah 680 individu telah disaring, di mana enam (6) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.