KKM SENTIASA MELIHAT KEPERLUAN & KEHENDAK RAKYAT
Putrajaya, - YBhg. Dato' Seri Dr Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan sidang taklimat media berkenaan Belanjawan 2021 KKM di Bilik Mesyuarat Utama, KKM hari ini.
Sidang media ini bertujuan untuk memberikan penjelasan kepada media massa berhubung perkara berbangkit selepas pengumuman Belanjawan 2021 jumaat lepas.
Sebagai makluman, KKM setiap tahun menerima peruntukan antara tertinggi selepas Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kewangan.
Menurut Dato' Seri Chen Chaw Min, KKM mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan dan memberikan keutamaan dalam penyampaian ucapan belanjawan tahun ini dan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.
"Kementerian sentiasa melihat kepada keperluan dan kehendak rakyat ke arah meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan yang dapat memenuhi ekspektasi rakyat.
Tambahnya lagi, kerajaan telah menyediakan sejumlah RM31.94 bilion pada tahun 2021 berbanding RM30.60 pada tahun 2020."
Turut hadir, Dr Uzailee Abdul Latif, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), KKM, Mohd Azman Ismail, Setiausaha Bahagian Kewangan, KKM, Azrinizam Ibrahim, Ketua Komunikasi Korporat, KKM dan Ismail Amsyar Mohd Said, Setiausaha Akhbar kepada YAB PM.