SEMUA PEMANDU DAN PENUMPANG DARI ZON MERAH MEMASUKI KELANTAN DIKEHENDAKI MENJALANI SARINGAN COVID-19
Mulai hari ini, semua pemandu dan penumpang kenderaan dari Zon Merah yang memasuki Kelantan dikehendaki menjalani ujian saringan COVID19 - Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, Jefny Muhamad.
Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat khas yang dijalankan MKN bersama beberapa agensi berkaitan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang mulai hari ini 9 November hingga 6 Disember.
Semua pemandu kenderaan dan penumpang terutama dari zon merah seperti Selangor dan Kuala Lumpur akan diminta menjalani ujian bagi memastikan mereka bebas Covid-19.
“Selain itu, sesetengah daripada mereka juga akan dipakaikan gelang mengikut warna tertentu yang ditetapkan Jabatan Kesihatan bagi menunjukkan mereka dari zon merah,” katanya hari ini.
SMNET NEWS