NASIHAT BERKENAAN KLUSTER KUBE
Berdasarkan siasatan dan kajian yang telah dibuat ke atas KLUSTER KUBE, didapati perebakan berlaku dalam kalangan kontak rapat kepada kes terdahulu. Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan ingin menasihatkan kepada orang ramai supaya memberikan kerjasama dan mengikuti nasihat kesihatan berikut:
• Orang ramai dinasihatkan agar kurangkan atau tangguhkan dahulu sebarang aktiviti keramaian seperti perhimpunan, perjumpaan, majlis BBQ, kenduri atau aktiviti lain yang melibatkan orang ramai berkumpul bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19.
• Sekiranya mengalami gejala seperti demam atau lain-lain masalah pernafasan (selsema, batuk, sesak nafas) , sila SEGERA KE KLINIK KESIHATAN berhampiran.
• Sekiranya anda mengalami gejala seperti demam atau lain-lain masalah pernafasan (selsema, batuk, sesak nafas), PASTIKAN anda memakai topeng muka (face mask) sebelum ke fasiliti kesihatan dan semasa mendapatkan rawatan.
• Sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan diri termasuk :
kerap mencuci tangan dengan cara yang betul
mengamalkan etika batuk dan bersin yang baik
memakai topeng muka (face mask)
• Amalkan jarak fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.
• Elakkan bersalaman atau bersentuhan. Letakkan tangan di dada sebagai tanda hormat dengan ucapan salam bagi menggantikan bersalaman atau bersentuhan.
Pesanan daripada:
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan