KENYATAAN AKHBAR KKM, 25 NOVEMBER 2020

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 2,348 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah  46,501 kes (77.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 25 November 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 970 kes. Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 59,817 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,971 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 965 kes adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

Negeri Sembilan pada hari ini melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 318 kes (32.8 peratus). Ini diikuti oleh negeri Sabah sebanyak 293 kes (30.2 peratus) dan  negeri Selangor sebanyak 115 kes (11.9 peratus). Peningkatan kes di Negeri Sembilan banyak dipengaruhi oleh kluster yang berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Bakti yang melaporkan sebanyak 301 kes (94.7 peratus).

Sebanyak 318 kes (32.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Bakti (301 kes), Kluster Tembok (12 kes), Kluster Matambai (3 kes), Kluster Penjara Sandakan (1 kes), dan Kluster Penjara Reman (1 kes).

Perincian 970 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 25 November 2020 adalah seperti berikut: 
  • Sabah: 293 kes 
    • 92 kes daripada kluster-kluster, termasuk 56 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster D’ Bajaru;
    • 129 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 72 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 115 kes 
    • 63 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Gangsa;
    • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI);
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 22 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 80 kes
    • 78 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 44 kes  
    • 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Negeri Sembilan: 318 kes  daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Johor: 30 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Batu Tujuh dan Kluster Tanjung Bunga;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pulau Pinang: 14 kes 
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 24 kes daripada kluster-kluster sedia ada. 
  • Kelantan: Lapan (8) kes 
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 37 kes
    • 22 kesdaripada kluster-kluster sedia ada;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Dua (2) kes import dari luar negara.
  • Pahang: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kerengge.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada. 
SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)