NOTIS PENUTUPAN KILANG TOP GLOVE
KLANG: 25 November 2020, Pejabat Kesihatan Daerah Klang telah mengeluarkan notis penutupan ke atas 7 buah kilang Top Glove susulan daripada keputusan Sidang Khas MKN pada 23 November 2020 yang telah membuat keputusan supaya 28 buah kilang Top Glove ditutup secara berperingkat bagi membolehkan para pekerja menjalani ujian saringan dan menjalani proses kurantin.
Turut hadir Pengarah Keselamatan Negeri Selangor Puan Faizatul Aini Mohd Adnan, Pegawai Kesihatan Daerah Klang, Dr Masitah Mohamed; Pegawai Daerah Klang, Mohd Zainal Mohd Nor; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dan Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh.
Satu pasukan Task Force telah diwujudkan bagi menyelaras gerak kerja melibatkan proses saringan, kuarantin dan penutupan kilang Top Glove ini.
Pasukan Task Force ini dianggotai oleh Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Pejabat Daerah Klang, Majlis Perbandaran Klang, IPD Klang
Sehingga semalam, 20 buah kilang telah pun ditutup manakala 7 buah lagi ditutup hari ini dan 1 lagi akan menyusul.
Pihak kilang juga telah diarahkan untuk menjalankan saringan terhadap 2,263 pekerja yang tinggal di luar kawasan PKPD dan akan dikuarantin.
Sumber: MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI SELANGOR