KENYATAAN AKHBAR KKM, 13 NOV 2020

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 900 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 32,969 kes (73.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pecahan kes yang sembuh adalah seperti berikut:

  • Sabah (447 kes);
  • Selangor (154 kes);
  • Pulau Pinang (113 kes);
  • Negeri Sembilan (82 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (75 kes);
  • Kedah (14 kes);
  • Terengganu (6 kes);
  • Sarawak (3 kes);
  • Johor (3 kes); dan
  • Perak (3 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 13 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,304 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 45,095 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,822 kes.

Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 556 kes (42.6 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 567 kes iaitu peningkatan sebanyak 2.5 kali ganda berbanding 224 kes positif semalam. Negeri Selangor melaporkan 364 kes pada hari ini (27.9 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 202 kes (15.5 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes positif yang dilaporkan pada hari ini. Daripada 567 kes yang dilaporkan di negeri-negeri di Lembah Klang, sebanyak 488 kes (86.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster .

Pada hari ini, sebanyak 33 kes (2.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara. Ini melibatkan Kluster Penjara Seberang Perai (20 kes), Kluster Penjara Kepayan (8 kes), Kluster Rumah Merah (3 kes) dan Kluster Tembok (2 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 1,304 kes baharu pada hari ini, terdapat empat (4) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kesemua kes melibatkan warganegara yang tiba dari negara:

  • Arab Saudi (3 kes); dan
  • Mesir (1 kes).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:   

  • Sabah: 556 kes
    • 188 kes daripada kluster-kluster, termasuk 51 kes daripada kluster baharu iaitu  Kluster Bonggaya dan Kluster Jambatan B;
    • 233 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 135 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 361 kes
    • 292 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 41 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 201 kes
    • 196 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 83 kes
    • 63 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 42 kes
    • 28 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 13 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Abell; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 13 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 13 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster BMU.
  • Kedah: Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • KelantanLima (5) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Empat (4) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 96 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 39 kes memerlukan bantuan pernafasan.


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)