KLUSTER MENGKETIL KLUSTER BAHARU DIISYTIHAR DI KELANTAN

KLUSTER MENGKETIL DIISYTIHAR PADA 17 NOVEMBER 2020

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Bharu, Machang dan Tanah Merah di negeri Kelantan dan daerah  Besut di negeri Terengganu. 

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-203) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI), dan telah dikenal pasti positif COVID-19 pada 13 November 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 23 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 17 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 210 individu telah disaring, di mana:

24 kes dikesan positif COVID-19 (12 kes baharu); 

164 individu dikesan negatif; dan

22 individu masih menunggu keputusan.

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)