KELANTAN KUAT KUASA PENGGUNAAN GELANG MERAH JAMBU DAN HIJAU

Kerajaan negeri Kelantan memperkenalkan peraturan pemakaian gelang merah jambu dan hijau bagi setiap orang yang memasuki Kelantan berkuat kuasa hari ini.

Bagi perantau yang pulang dari zon merah, diwajibkan menjalani ujian swab, dipakaikan gelang merah jambu dan diminta supaya kuarantin di rumah selama 14 hari. Tindakan undang-undang akan dikenakan jika didapati keluar dari rumah atau ke tempat tumpuan awam.

Manakala bagi mereka yang masuk kerana tugasan rasmi kerajaan, akan dipakaikan gelang hijau terhad sepanjang menjalankan urusan tugas dan akan dipotong setelah keluar dari Kelantan.

Mesyuarat JKN pada 2 November lalu memutuskan bahawa sekatan akan di buat di pintu masuk negeri Kelantan dan buat pertama kali diperkenalkan penggunaan gelang baru – dua warna iaitu hijau dan merah jambu. 


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)