SIDANG MEDIA KETUA PENGARAH KESIHATAN, 18 NOV 2020

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 630 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 37,254 kes (73.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pecahan kes pulih mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Sabah (237 kes);
  • Selangor (170 kes);
  • Negeri Sembilan (109 kes);
  • Pulau Pinang (31 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (25 kes);
  • Perak (22 kes);
  • Sarawak (13 kes);
  • Kedah (8 kes);
  • Terengganu (7 kes);
  • Melaka (4 kes);
  • Johor (3 kes); dan
  • Kelantan (1 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 18 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 660 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 50,390 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,814 kes.

Negeri Sabah mencatatkan sebanyak 387 kes (58.6 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 173 kes positif pada hari ini iaitu penurunan sebanyak 345 kes (66.6 peratus) daripada sejumlah 518 kes positif yang dilaporkan semalam. Daripada 173 kes positif yang dilaporkan di ketiga-tiga negeri Lembah Klang ini, sebanyak 77 kes (44.5 peratus) adalah kes daripada kluster-kluster yang telah dikenal pasti.

Sebanyak 171 kes (25.9 peratus) yang dilaporkan pada hari ini adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara. Ini melibatkan Kluster PTS Tawau (135 kes), Kluster GK Tawau (12 kes), Kluster Tembok (9 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (6 kes), Kluster Rumah Merah (4 kes), Kluster Matambai (4 kes) dan Kluster Penjara Sandakan (1 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 660 kes baharu pada hari ini, terdapat empat (4) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes-kes tersebut melibatkan dua (2) warganegara dan dua (2) bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • Turki (2 kes);
  • India (1 kes); dan
  • Arab Saudi (1 kes).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 387 kes
    • 262 kes daripada kluster-kluster, termasuk 85 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Sabaru, Kluster Tomher, dan Kluster Garden;
    • 51 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 74 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 139 kes
    • 67 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Putra-18;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 44 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Negeri Sembilan: 31 kes
    • 25 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 29 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Murni;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 16 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Pasir;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
  • Perak: 16 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 13 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Melaka: Empat (4) kes daripada kluster sedia ada.
  • Sarawak: Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Besi Demak.
  • Johor: Tiga (3) kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Parit Kassan.
  • Kelantan: Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Putra-18.

Sehingga kini, terdapat 103 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 41 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)