KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN 30 SEPTEMBER 2020



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 28 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,967 kes (88.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 30 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 89 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 11,224 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,121 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 89 kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang kesemuanya melibatkan bukan warganegara mengembara dari negara:

  • Belanda: Dua (2) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Indonesia: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Daripada 86 kes penularan di dalam negara, 84 kes adalah warganegara Malaysia dan dua (2) kes adalah bukan warganegara. Daripada 86 kes tersebut juga, sebanyak 25 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 88 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 35 kes
    • 18 kes saringan bergejala yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Sembilan (9) kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Tiga (3) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-10273 yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Empat (4) kes daripada Kluster Benteng LD yang kesemuanya melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes saringan kematian di Hospital Tawau yang melibatkan warganegara.
  • Kedah: 13 kes 
    • Lima (5) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11129 yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembok yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Dua (2) saringan bergejala yang kesemuanya melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes daripada Kluster Sungai yang melibatkan warganegara.
  • Selangor: 10 kes
    • Lima (5) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes saringan bergejala yang melibatkan warganegara;
    • Dua (2) saringan masuk kerja yang melibatkan warganegara;dan
    • Satu (1) kes saringan sebelum pulang ke negara asal yang melibatkan bukan warganegara.
  • Johor: Lapan (8) kes
    • Tujuh (7) kes daripada Kluster Bakawali yang kesemuanya melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kessaringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Sarawak: Empat (4) kes
    • Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
    • Satu (1) kes saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dari Semenanjung Malaysia melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
  • Terengganu: Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
  • Pahang: Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
  • Kelantan: Dua (2) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11132 yang kesemuanya melibatkan warganegara.
  • Perlis: Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
  • Negeri Sembilan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Perak: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Pulau Pinang: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan bukan warganegara.

Sehingga kini, terdapat 16 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana tiga (3) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 136 kes (1.21 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-135 (iaitu kes ke-11207) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 46 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, jantung dan buah pinggang. Kes mula mengalami gejala sejak 21 September 2020. Pada 28 September 2020 kes mengalami sesak nafas dan telah dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada hari yang sama jam 6.15 petang. Hasil saringan COVID-19 didapati positif.
  • Kes kematian ke-136 (iaitu kes ke-11185) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 70 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit barah peringkat akhir. Kes telah meninggal dunia di rumah pada 26 September 2020 dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Tawau, Sabah. Hasil saringan COVID-19 didapati positif pada 29 September 2020.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)