KLUSTER BAHARU: KLUSTER TEMBOK, KEDAH
KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dikenalpasti di Kedah. Kes indeks kluster ini adalah seorang lelaki warganegara Malaysia (iaitu kes ke-11207) dan merupakan kes kematian ke-135 yang telah dilaporkan pada hari ini.
Saringan COVID-19 kes indeks didapati positif pada 28 September 2020. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan 2 lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Tembok dikenalpasti. Dua kes positif ini melibatkan 2 warganegara Malaysia. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan.
Sehingga 30 September 2020, 12 tengah hari, sejumlah 169 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
• 3 dikesan positif COVID-19; dan
• 166 individu menunggu keputusan.
Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.
SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA