10 VAKSIN COVID-19 MASUKI UJIAN KLINIIKAL FASA KETIGA
Sebanyak 10 vaksin COVID-19 dilapor telah memasuki ujian klinikal fasa ketiga melibatkan percubaan terhadap manusia.
Fasa ketiga ini paling penting kerana melibatkan sukarelawan dalam skala lebih besar dan fasa ini juga akan menentukan vaksin itu berkesan atau sebaliknya.
Misalnya, syarikat Johnson & Johnson yang turut memasuki perlumbaan menghasilkan vaksin COVId-19, akan menggunakan 60,000 sukarelawan bagi menguji vaksin mereka yang diberi nama Adenovirus 26 atau Ad26.
Vaksin mRNA yang dihasilkan syarikat Jerman, BioNTech dengan kerjasama Pfizer dan Fosun Phrlarma dari China pula menggunakan 30,000 sukarelawan untuk ujian di Amerika Syarikat, Brazil, Jerman dan kemudian menambah lagi 43,000 sukarelawan.
Menurut FDA Amerika Syarikat, satu-satu vaksin yang baharu dihasilkan dikira berjaya jika boleh melindungi 50% sukarelawan daripada dijangkiti penyakit.
Daripada 10 vaksin berpotensi ini, lima telahpun mendapat kelulusan awal atau terhad walaupun ujian fasa ketiga belum diperoleh.
Daripada lima vaksin itu, empat dihasilkan syarikat dari China dan satu dari Rusia.
Bagaimanapun, pakar-pakar membantah kelulusan awal yang diberikan beberapa negara terhadap vaksin yang masih belum melalui fasa ketiga.
Pesiden Rusia, Vladimir V. Putin terpaksa menarik balik pengumuman yang dibuatnya bahawa Rusia telah meluluskan vaksin, Sputnik V.
Selepas mendapat bantahan pakar-pakar yang bimbang kesan sampingan, Putin berkata, kelulusan yang diumumkan sebelum itu bergantung sepenuhnya kepada hasil ujian fasa ketiga.
Biarpun belum diketahui tahap keberkesanannya, beberapa negara telah berunding dengan Rusia untuk mendapatkan vaksin itu antaranya India dan Brazil.
UAE dan China dilaporkan telah memberi kelulusan awal kepada dua vaksin yang masih dalam peringkat ujian fasa ketiga.
UAE telah memberi kelulusan awal kepada vaksin yang dihasilkan Wuhan Institute Biological Product yang dibiayai syarikat Sinopharm. Vaksin itu hanya untuk kegunaan petugas kesihatan di UAE.
Pihak ketenteraan China pula dilapor memberi kelulusan awal bagi mendapatkan vaksin Ad5 yang memberi hasil positif dalam ujian klinikal fasa kedua.
Kerajaan China dilapor memberi kelulusan kecemasan kepada vaksin dikenali CoronaVac pada Julai lalu untuk kegunaan terhad
Walaupun masih dalam ujian klinikal fasa tiga, syarikat pengeluar vaksin itu, Sinovac telah memeterai perjanjian untuk membekalkan vaksin itu kepada Indonesia.
Sumber Web MD, AFP, New York Times