KEMATIAN AKIBAT COVID-19 MELEBIHI 1 JUTA DI SELURUH DUNIA



 Kes kematian akibat COVID-19 telah melebihi 1 juta di seluruh dunia. Sejak kematian pertama dilaporkan di China pada Januari, kes kematian terus meningkat kepada 500,000  dalam tempoh 6 bulan dan dalam tempoh tiga bulan kemudian, kematian telah melebihi sejuta orang.

Amerika Syarikat, India, Brazil dan Rusia merekodkan kes positif melebihi sejuta. 

Rantau Asia Tenggara, Filipina merekodkan kes paling tinggi melebihi 300,000 manakala Indonesia kematian tertinggi melebihi 10,000.

Di benua Eropah, beberapa negara telah mengetatkan semula peraturan susulan peningkatan kes yang dilaporkan lebih tinggi  berbanding Mac lalu. 

Ketika kes COVID-19 mula memuncak pada Mac, kebanyakan kes melibatkan golongan tua tetapi kali ini semakin ramai golongan muda dijangkiti kerana berkunjung ke pusat-pusat hiburan.

Di Malaysia, pusat-pusat hiburan masih tidak dibenarkan beroperasi kerana sukar penjarakan fizikal.

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)