KLUSTER BAKAU TERBARU DIKENALPASTI DI SABAH




KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dikenalpasti di Semporna, Sabah. Kes indeks kluster ini adalah seorang perempuan warganegara Filipina (iaitu kes ke-10145) yang merupakan kes kematian ke129 yang telah dilaporkan pada 18 September 2020. 

Saringan COVID-19 kes indeks didapati positif pada 16 September 2020. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan 2 lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Bakau dikenalpasti. Dua kes positif ini melibatkan 1 warganegara

Malaysia dan 1 bukan warganegara Filipina. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan.

Sehingga 19 September 2020, 12 tengah hari, sejumlah 109 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

• 3 dikesan positif COVID-19; dan

• 106 individu menunggu keputusan.

Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan telah dijalankan di Hospital Semporna. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)