NAZRULERWAN MAKMOR KETUA JURULATIH KUFC



Kelantan United Football Club (KUFC) hari ini mengumumkan Nazrulerwan Makmor selaku ketua jurulatih interim mereka sehingga tamat saingan Liga Malaysia 2020.

Pihak kelab dalam satu kenyataan ringkas telah mengesahkan pelantikan jurulatih berusia 40 tahun itu bagi mengantikan pengendali sebelum ini, Zahasmi Ismail. 

Jurulatih pasukan junior (B-21), Hamdan Mohamad pula naik pangkat ke skuad senior dan akan membantu Nazrulerwan di posisi pembantu jurulatih.

Pelantikan Hamdan susulan keputusan mesyuarat khas pihak pengurusan kelab pada Isnin lepas dimana KUFC turut mengambil langkah drastik merehatkan dua pembantu kejurulatihan, Sazami Shafii dan Zahariman Ghazali.

Justeru itu, bekas pengendali KL Rovers itu bersama Hamdan akan bertanggungjawab untuk 4 baki aksi Liga Premier KUFC termasuk perlawanan menentang Sarawak United FC di Kuching, malam esok.

Sementara itu, pihak kelab turut melakukan rombakan di peringkat pengurusan pasukan dengan mengumumkan bekas pengurus skuad bawah 21 tahun, YB Rozi Muhamad sebagai pengurus baru Kelantan United FC berkuat kuasa serta merta.

 SUMBER: UnitMedia (Official) KUFC

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)