PATUHI PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)
PATUHI PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) KETIKA MENGHADIRI SEBARANG JENIS PERHIMPUNAN DAN KETIKA BERADA DI TEMPAT AWAM
Seperti diketahui umum, COVID-19 merebak dari individu ke individu lain melalui titisan cecair pernafasan (respiratory droplet) apabila seseorang batuk, bersin, bercakap dan sentuhan. Oleh yang demikian, sekiranya jarak fizikal di antara individu ke individu lain kurang dari satu 1 meter, risiko jangkitan adalah lebih tinggi.
Penjarakan fizikal sememangnya sukar diamalkan di kawasan yang sempit dan sesak, namun masyarakat perlu akur kepada nasihat yang diberikan bagi mengurangkan risiko jangkitan. Tambahan pula, aktiviti perhimpunan yang dianjurkan tanpa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dapat meningkatkan risiko penularan COVID-19 kepada orang ramai.
Justeru, adalah amat penting bagi kita sentiasa waspada dan berusaha melindungi diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat di sekeliling kita daripada jangkitan COVID-19. Penularan virus ini boleh dielakkan dengan sentiasa memastikan penjarakan fizikal yang selamat, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer dan pemakaian alat pelitup muka.
SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA