PASUKAN BANTUAN KESIHATAN AWAM KKM DARI SEMENANJUNG MALAYSIA KE NEGERI SABAH
Seramai 13 orang anggota kesihatan Awam telah dimobilisasi ke Tawau, Lahad Datu dan Semporna, Sabah iaitu masing-masing dari Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu, dan Pejabat Kesihatan Bahagian Miri.
Kesemua petugas barisan hadapan ini telah memulakan tugas pada 28.9.2020 bagi membantu tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik COVID-19.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pasukan ini dalam menangani penularan COVID-19. Andalah wira kami!
SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA