PENINGKATAN KES COVID-19 DALAM NEGARA


KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat peningkatan kes COVID-19 di Malaysia sejak 7 September 2020. Peningkatan kes bagi negeri Sabah dan Kedah banyak menyumbang kepada jumlah keseluruhan kes. Susulan itu, KKM telah mengambil tindakan langkah kawalan dan pencegahan bagi membendung penularan COVID-19. Antara langkah kawalan dan pencegahan yang telah dilakukan adalah:

• Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar

(PKPDB) secara pentadbiran di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna, Sabah;

• Pengesanan kontak rapat kes positif COVID-19;

• Pelaksanaan proses nyah kuman dan dekontaminasi di lokasi-lokasi yang terbabit dengan COVID-19;

• Pelaksanaan saringan di Pintu Masuk Domestik dan Antarabangsa;

• Perluasan saringan bagi komuniti dan golongan berisiko tinggi;

• Mobilisasi pasukan bantuan kesihatan ke zon merah;

• Penambahan bilangan katil di hospital dan pusat kuarantin; dan

• Penambahan kapasiti makmal perubatan.


KKM juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih atas penglibatan agensi agensi lain dalam membendung penularan COVID-19.

Untuk makluman, jumlah kes positif COVID-19 harian masih tinggi kebelakangan ini. Justeru, masyarakat dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). 

Diharapkan dengan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh pihak KKM, agensi-agensi lain dengan kerjasama masyarakat, dapat membendung penularan COVID-19 di Malaysia.

SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)