SEKTOR PERTANIAN UNJUR PERTUMBUHAN POSITIF - PM
BEAUFORT: Sektor pertanian kekal bertahan apabila mencatat pertumbuhan positif 1.0% pada suku kedua tahun 2020 berbanding sektor ekonomi lain, demikian menurut YAB Tan Sri Datuk Haji Muhyiddin Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia ketika merasmikan Program YAB Perdana Menteri Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan di sini, hari ini.
Di majlis yang sama YAB Perdana Menteri turut mengumumkan Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma berjumlah RM40.34 juta ringgit selain turut menyampaikan beberapa bantuan khas kpd Petani, Penternak dan Nelayan di Sabah.
SUMBER: Unit Komunikasi Korporat MAFI