𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗧𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗧𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗦𝗔𝗥 (𝗣𝗞𝗣𝗗𝗕) 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗛𝗔𝗗 𝗗𝗔𝗧𝗨, 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗨, 𝗞𝗨𝗡𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗢𝗥𝗡𝗔, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛

 


KKM mengambil maklum pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Seri Ismail bin Sabri sebentar tadi mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di daerah

Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna, Sabah yang akan berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam ini. Ini susulan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 dan juga kluster baru di daerah-daerah tersebut. PKPDB ini akan melibatkan seramai 962,661 orang penduduk dari keempat-empat daerah.


Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam daerah tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari. Saringan bersasar akan dilakukan bagi komuniti setempat dan kumpulan berisiko tinggi meliputi 5% daripada jumlah penduduk. KKM akan terus menjalankan langkahlangkah kawalan dan pencegahan di keempat-empat daerah ini dan pengkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPDB. Kerjasama daripada

penduduk setempat adalah amat diperlukan bagi memastikan tindakan ini berjaya memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dalam negara kita.

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)