TIMBALAN MENTERI KESIHATAN 1 RASMI KOSPEN
Beaufort, 23 September 2020 - YB Dato' Dr Hj Noor Azmi bin Hj Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1 telah hadir merasmikan Program Sukarelawan Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) peringkat daerah Beaufort di Pusat Rukun Tetangga (PRT) Kg. Mempagar hari ini.
Dalam ucapannya, Dato' Dr Noor Azmi menekankan betapa pentingnya program KOSPEN dalam masyarakat untuk memperkasakan kesejahteraan hidup.Terdapat 7 skop aktiviti KOSPEN dan salah satunya ialah kompenen kesihatan mental khususnya minda sihat dimana ianya bertujuan meningkatkan penglibatan komuniti dalam aktiviti kesihatan mental.
Selain itu, Dato' Dr Noor Azmi turut menasihati masyarakat supaya sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan seperti memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan dengan sabun dalam usaha membendung penularan pandemik covid-19.
Di akhir program, Dato' Dr. Noor Azmi sempat meluangkan masa menziarahi 2 buah rumah pesakit yang telah dikenalpasti.
Turut hadir, pengerusi KOSPEN Kg. Mempagar En. Misdin Okrin, Dr. Asits Sanna, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (kesihatan awam), Dr. Rosnah Ramly, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.
SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA