INGKAR LARANGAN BERBASIKAL DI LEBUH RAYA, PENUNGGANG BOLEH DIDENDA SEHINGGA RM1,000
Aktiviti sukan berbasikal kini menjadi satu hobi yang semakin diminati ramai di Malaysia. Namun anda dinasihatkan supaya mematuhi arahan larangan berbasikal di lebuh raya.
Sekiranya anda ingkar larangan tersebut, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu melarang atau menyekat daripada menggunakan kenderaan di atas mana-mana jalan yang tertentu dan Seksyen 79(2) akta sama kerana mengabaikan isyarat kenderaan yang tidak dibenarkan di lebuhraya.
Jika sabit kesalahan bagi Seksyen 70 APJ 1987, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi daripada RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya. Manakala bagi Seksyen 79(2) akta sama pula memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM300 dan tidak melebihi RM2,000.
SUMBER: PDRM