PASUKAN BANTUAN KESIHATAN AWAM (KE-28) BAGI COVID-19

 


PASUKAN BANTUAN KESIHATAN AWAM (KE-28) BAGI COVID-19 (14 SEPTEMBER HINGGA 21 SEPTEMBER 2020)

Sejak 6 Mac 2020, CPRC Kebangsaan KKM telah mula mengenalpasti Pasukan Bantuan yang termasuk Sukarelawan bagi Pengendalian Kes COVID-19 di Fasiliti KKM.

Pada 14 September hingga 21 September 2020, Pasukan Bantuan Kesihatan Awam dan sukarelawan bagi COVID-19 yang ke-28 telah digerakkan ke KLIA dan stesen-stesen kuarantin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta PKPD Pentadbiran di PKD Kota Setar, Kedah dengan bilangan seramai 48 orang yang terdiri dari 10 Pegawai Perubatan, 10 Penolong Pegawai Perubatan, 11 Jururawat, 6 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP), dan 9 Pemandu. Masing-masing merupakan anggota dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu dari Bahagian Amalan Perubatan (1), Institut Perubatan Respiratori IPR (2 orang), JKN Kelantan (14 orang), JKN Melaka (5 orang), JKN Terengganu (10 orang), JKN Pahang (10 orang), JKN Perak (5 orang), JKWP Kuala Lumpur dan Putrajaya (3 orang) serta NGO dari MRA (2 orang). 

Pasukan ini bertanggungjawab membantu dalam mengutip bayaran sampel COVID-19, memberi penerangan mengenai aplikasi MySejahtera, pengurusan saringan pengembara dari luar negara (PUS) seperti saringan demam dan pengambilan sampel, serta menguruskan kes-kes tertentu seperti SOP pengurusan kes diplomat, kes anak kapal, dan kes Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC). Selain itu, pasukan bantuan turut terlibat dalam memberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO), meneliti dan merawat masalah kesihatan yang dihadapi PUS ketika di stesen kuarantin, menemubual pesakit-pesakit yang mempunyai penyakit kronik, mengandung, merokok dan memerlukan bantuan klinik berhenti merokok, masalah mental yang memerlukan khidmat kaunselor, memasukkan data sampel PUS serta memproses dan menganalisa sampel RTK Antigen.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pasukan ini di atas jasa dan sumbangan yang diberikan dalam menangani COVID-19.

 

#PasukanBantuanKesihatanAwamCOVID19

#CPRCKKM

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)