DIALOG PAKAR PERUBATAN KESIHATAN AWAM BERSAMA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN 1

 


Putrajaya, 28 September  2020 -  Timbalan Menteri Kesihatan I, YB Dato’ Noor Azmi Ghazali telah menghadiri sesi dialog bersama-sama pakar-pakar perubatan Kesihatan Awam (Epidemelogi NCD) dan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia di Armada Hall, Marina hari ini.

Sesi dialog ini bertujuan bagi memberi peluang kepada pakar-pakar perubatan Kesihatan Awam (Epidemelogi NCD) dan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia untuk berinteraksi secara langsung dengan Dato’ Dr Noor Azmi selain bertukar pandangan dan memberikan idea yang berkaitan dengan isu-isu semasa perubatan terutama kawalan penyakit tidak berjangkit. 

Turut hadir, Dr Norhayati Rosli, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, KKM, Pengarah-Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri di seluruh Malaysia dan Timbalan-Timbalan Pengarah dari Bahagian Kawalan Penyakit.

SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)