PERTANYAAN TENTANG KEGUNAAN HOTSPOT TRACKER DI APLIKASI MYSEJAHTERA
Salam sejahtera,
Terdapat banyak pertanyaan tentang kegunaan Hotspot Tracker di aplikasi MySejahtera.
Baru-baru ini, NuSentral Mall, KL Gateway Mall dan Sunway Pyramid Mall mengeluarkan kenyataan tentang salah satu pekerja disahkan positif dan tindakan pembersihan serta disinfeksi telah dijalankan.
Untuk makluman semua, sesuatu kawasan dikatakan ada kes selepas siasatan terperinci oleh KKM. Kawasan yang menunjukkan terdapatnya kes setelah mengesahkan punca jangkitan atau kebolehjangkitan.
Penghargaan harus diberikan kepada tindakan proaktif pusat membeli-belah tersebut kerana ia adalah sebahagian dari tindakan kawalan dan pencegahan kkm.
Pihak kami ingin menyampaikan penghargaan kepada orang ramai yang telah menggunakan pelbagai fungsi aplikasi MySejahtera, dan ternyata masyarakat cakna dengan perkembangan kes COVID-19 di sekitar mereka. Kami juga ingin menasihatkan orang ramai agar hanya berkongsi maklumat yang terbukti kesahihannya agar tidak menimbulkan panik di dalam masyarakat.
- MySejahtera