JEMAAH, PENGURUSAN MASJID PERLU PATUHI SOP

 


KOTA BHARU, - Imam Besar Negeri Kelantan, Ustaz Muhammad Hana Pizi Abdullah mengingatkan kerjasama kedua-belah pihak iaitu jemaah dan pihak pengurusan masjid amat penting supaya pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) dapat dilaksanakan sebaik-baiknya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) apabila KDYMM Sultan Muhammad V memperkenankan pengimarahan masjid untuk solat Jumaat dan solat fardu lima waktu bagi mereka yang lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 dan melepasi tempoh 14 hari.

Beliau turut mengingatkan khususnya pihak pengurusan masjid supaya memastikan ketetapan SOP dapat dipatuhi dengan sepenuhnya dan jangan kerana kelekaan akan berlaku kes-kes baharu yang memungkinkan masjid ditutup kembali.

Sumber: UPKN

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)