Pulau Larapan, Semporna Terima 1,000 Dos Vaksin CanSino - Khairy Jamaluddin

 


SEMPORNA, - Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin melawat PPV Sementara di Sekolah Kebangsaan Pulau Larapan di Daerah Semporna, Sabah, pagi ini. 

Sebanyak 1,000 dos vaksin CanSino dibawa ke pulau itu sempena program vaksinasi jangkau luar. 



Turut bersama beliau, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Dato' Mohd Shafiq Abdullah dan Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. 

YB Khairy berkata, walaupun ramai yang hadir di PPV sementara itu tidak mempunyai dokumen pengenalan rasmi, mereka tetap menerima vaksin yang disuntik sendiri oleh Dr Noor Hisham. 


"Ramai yang hadir tiada dokumen pengenalan rasmi tapi Ketua Pengarah Kesihatan terus cucuk. 

"Tiada seorang pun yang selamat sehingga semua orang selamat," kata Menteri Kesihatan menerusi ciapan di Twitternya.

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)