PM Berharap Sidang Parlimen Berjalan Lancar Demi Kepentingan Rakyat
KUALA LUMPUR, - YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri, berharap persidangan Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas yang bermula hari ini sehingga 12 Oktober 2021 dapat berjalan dengan lancar demi kepentingan rakyat dan negara.
Perdana Menteri berkata, seperti yang dititahkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, semua pihak hendaklah mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan.
" Menjunjung titah Tuanku, inilah semangat yang dibawa dalam Keluarga Malaysia yang menekankan perpaduan, kesepakatan dan kebersamaan untuk mengharungi pelbagai cubaan serta dugaan " Katanya.
Beliau juga menyeru semua Ahli Parlimen tidak mengira pandangan politik, untuk sama-sama merapatkan saf demi memulihkan negara dan mensejahterakan semula kehidupan rakyat.
- SMNETNEWS