SUKAN BERBASIKAL KOMUNITI, KIAN SOHOR KINI

 


PENGKALAN KUBOR, - Kegiatan riadah berbasikal kian sohor kini dalam kalangan pelbagai lapisan umur.

Tidak terkecuali, Ukhwah Cycling Club yang ditubuhkan pada 5 Februari 2021 turut memanfaatkan masa beriadah bersama komuniti sekitar Pengkalan Kubor.

"Kita bangga melihat ukhwah sesama penduduk di sini akrab. Mereka  bijak menyesuaikan masa dengan aktiviti berfaedah dan menyihatkan badan", kata Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato' Che Abdullah Mat Nawi selepas menyempurnakan gimik penyampaian jersi rasmi kelab di Pusat Khidmat DUN Pengkalan Kubor, semalam.

ADUN Pengkalan Kubor, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat selaku tuan rumah berharap lebih ramai lagi rakyat tempatan mengambil peluang melibatkan diri dalam aktiviti kesukanan seperti itu.

Turut meraikan, ADUN Kelaboran, YB Mohd Adanan Hassan, ADUN Wakaf Bahru, YB Mohd Rusli Abdullah dan pemimpin tempatan.

UPKN

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)