Endemik Bukan Bermakna Mengaku Kalah - Khairy Jamaluddin
PUTRAJAYA, - YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedar untuk memastikan penglibatan menyeluruh oleh masyarakat termasuk ahli akademik, pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam usaha melindungi diri dari dijangkiti virus COVID-19 adalah dengan menyediakan data serta maklumat yang lengkap dan terperinci.
Beliau berkata, banyak negara seperti Singapura dan Australia yang mulanya berjaya membendung penularan tetapi kini telah mengisytiharkan endemik.
" Kita perlu terima hakikat herd immunity sukar dicapai kerana kemunculan varian-varian baharu ".
Namun kata beliau, persediaan untuk peralihan kepada endemik ini yang dijangka akhir Oktober bergantung kepada liputan vaksinasi melebihi 80% populasi dan situasi semasa dalam tempoh 2 bulan ini.
Katanya lagi, untuk memastikan apa juga usaha yang sedang dijalankan untuk mengawal dan menguruskan pandemik ini berjalan lancar, selamat dan akhirnya berjaya, penglibatan secara menyeluruh oleh kerajaan dan masyarakat sangat penting.
"Kita harus menerima hakikat bahawa sekalipun kita berjaya mengawal pandemik, kita juga perlu bersedia untuk terima kenyataan bahawa akan tiba masanya nanti COVID-19 akan menjadi endemik," katanya.
Beliau turut mengumumkan laman web baharu covidnow.moh.gov.my untuk akses data semasa COVID-19 di Malaysia.
- SMNETNEWS