RINA HARUN MENYANTUNI IBU TUNGGAL DI AYER ITAM, PULAU PINANG


PULAU PINANG, - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun menyantuni serta menyerahkan sumbangan Bakul Prihatin Negara (BPN) kepada Puan Faridah di Ayer Itam, Pulau Pinang. 

Puan Faridah merupakan seorang ibu tunggal yang tidak bekerja. Dia hanya bergantung kepada menantunya yang bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat kargo. Dia juga mempunyai penyakit tiroid, slip disc dan masalah mata di mana dia masih mendapatkan rawatan secara berkala di hospital. 

Puan Faridah mengalami kesukaran untuk bergerak apabila dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk melakukan aktiviti harian dengan bantuan ahli keluarganya.

YB Datuk Seri Rina Mohd Harun menyampaikan sumbangan Surat Tawaran Bantuan Penjagaan OKU/ Pesakit Kronik Terlantar sebanyak RM 500 sebulan, Sumbangan Kasih Prihatin dan Tabung Bantuan Segera daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN). 

Kementerian berharap agar sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan beban Puan Faridah sekeluarga dalam menjalani kehidupan seharian.


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)