Jumlah Katil Hospital Seluruh Negara Meningkat - Khairy Jamaluddin
Beliau dalam jawapan balas dalam Parlimen pagi tadi menjelaskan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah meneruskan inisiatif untuk menambah bilangan katil di hospital dengan menerusi pembinaan hospital baharu dan menaik taraf hospital sserta fasiliti sedia ada dengan memberi tumpuan kepada kawasan yang mempunyai kadar penggunaan katil (BOR) yang tinggi.
Sementara itu, dalam tempoh pandemik COVID-19 ini, Kementerian Kesihatan Malaysia memastikan perkhidmatan kesihatan bagi kes bukan COVID-19 tidak terabai dengan memanjangkan waktu operasi klinik pakar/ dewan bedah selepas waktu pejabat dan mengoptimumkan penggunaan hospital-hospital bukan pakar serta Hospital Angkatan Tentera Malaysia, jelasnya.
- SMNETNEWS