KKM Akan Kekalkan Hospital Penuh Covid-19 Diseluruh Negara Setakat Ini - Khairy Jamaluddin
Menterinya Khairy Jamaluddin bagaimanapun berkata pihak tidak dapat menganggarkan berapa lama tempoh pelanjutan operasi hospital berkenaan.
“Kita harap dengan penurunan kes kemasukan ke hospital, lebih banyak lagi hospital hibrid yang mana sebahagian daripada wadnya diambil alih untuk menguruskan rawatan Covid-19 dapat dijadikan semula sebagai hospital biasa.
“Namun, buat masa ini kita masih lagi akan kekalkan beberapa hospital sebagai hospital Covid-19 sama ada secara penuh atau hibrid,” katanya pada sesi menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.
Khairy menjawab soalan Abdullah Sani Abdul Hamid (Kapar-PH) yang bertanyakan adakah kerajaan berhasrat mendirikan hospital kekal khusus bagi merawat pesakit Covid-19.
Tambahnya, sebanyak RM593 juta dibelanjakan bagi perolehan darurat peralatan tambahan hospital yang diperlukan bagi merawat kes wabak sejak dua tahun lalu.
Peruntukan itu, katanya, termasuk menyediakan peralatan seperti katil pesakit biasa, katil pesakit unit rawatan rapi (ICU), ventilator, ultrabunyi, body freezer, kontena mayat, silinder oksigen dan alatan lain.
- SMNETNEWS