KP KESIHATAN TINJAU OPERASI DAN KESIAPSAGAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN PULAU LANGKAWI
Dari tempoh 27 Ogos hingga 10 September 2021, secara kumulatif sebanyak 928 kes baharu COVID-19 telah didaftarkan di bawah pemantauan CAC. Daripada jumlah tersebut, hanya 38 kes (4%) yang memerlukan rujukan ke PKRC atau hospital. Selebihnya iaitu 96% kes di bawah pemantauan pasukan kesihatan CAC adalah daripada kes kategori 1 (tidak bergejala) & kategori 2 (bergejala ringan).
Walaupun dalam keadaan panas terik, para petugas kesihatan terus kekal melaksanakan tugas yang diamanahkan. Terima kasih kepada semua petugas CAC di mana sahaja anda berada. Thank you for helping to keep Malaysia safe.
- SMNETNEWS