Majlis Penutupan Program Derma Darah Perdana 360
KUALA LUMPUR, - Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang hadir merasmikan Majlis Penutupan Program Derma Darah Perdana 360 di Seri Pasific Hotel, Kuala Lumpur.
Program ini dilaksanakan bagi mempertingkatkan bekalan darah, khususnya di Pusat Darah Negara kerana ramai tidak tampil untuk menderma darah semasa pandemik COVID-19 ini berlaku. Kempen Derma Darah Perdana 360 ini juga telah berjaya dilaksanakan selama sebulan dari 27 Ogos hingga 25 September 2021 dengan usaha Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS), Cdert Better Nation Malaysia (CBNM) dan Pusat Darah Negara (PDN).
Turut hadir adalah YBhg. Dato Mohamad Shahrum bin Osman, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Program Derma Darah Perdana 360, YBrs. Dr Noriati Abu Amin, Pengarah Pusat Darah Negara dan YBrs. Dr Roslan Basaruddin, Pengarah Program PDDP 360.
- SMNETNEWS