Kurung Rakyat Tidak Lagi Langkah Yang Sesuai - PM
KUALA LUMPUR, - YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri, dalam sidang parlimen hari ini, telah menjawab soalan mengenai kewajaran pembukaan semula 11 sektor ekonomi di negeri Fasa 1.
Perdana Menteri berkata, langkah mengurung rakyat dengan lebih lama sudah tidak sesuai dan dikhuatiri dapat memberi implikasi buruk kepada kesihatan mental dan usaha membawa negara bebas dari pandemik COVID-19.
Beliau menjelaskan, tindakan ini juga wajar selepas kerajaan mengambil kira tiga faktor termasuk penerimaan vaksinasi yang tinggi mencecah 74.7% bagi yang lengkap dua dos, data penilaian risiko yang dijalankan serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
" Keutamaan kerajaan pada masa ini adalah untuk membuka sektor ekonomi secara berperingkat. "
Pembukaan 11 sektor ekonomi ini bukan sahaja dapat membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi negara, malah memberi peluang dan ruang untuk rakyat memperbaiki hidup, Katanya lagi.
- SMNETNEWS