Vaksin COVID-19 - KKM Sedia Berkerjasama Dengan MOSTI

 


PUTRAJAYA, - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bukan hanya berkaitan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tetapi dalam bidang lain juga.

Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin, berkata kerjasama di antara kedua-dua kementerian berkenaan adalah sangat rapat dan penting serta ia tidak hanya tamat pada akhir program PICK atau kerjasama berkaitan Jawatan Khas Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF).


"YAB Perdana Menteri telah memberikan tugasan yang berat untuk menghasilkan vaksin dan ini adalah sangat penting untuk kita memastikan bahawa jika ada keperluan untuk tahun-tahun mendatang kita tak perlu lagi berunding dan beli daripada luar negara.

"Jadi KKM akan bekerjasama dengan MOSTI, dan memberi sokongan kepada MOSTI untuk kita dapat menghasilkan vaksin," kata beliau dalam sidang media CITF sempena Majlis Serah Terima Tugas di antara kedua-dua Menteri hari ini di Putrajaya.

-  SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)