MENTERI KESIHATAN LAWAT PULAU PINANG - COVID-19

 


GEORGE TOWN, - Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin telah menghadiri mesyuarat hybrid bersama Pengurusan Tertinggi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Kesihatan Malaysia di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 1, Bangunan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. 

Taklimat telah diberikan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, YBhg. Dr. Ma'arof Sudin. 

Mesyuarat ini dihadiri oleh Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Dato' Mohd Shafiq Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Datuk Dr. Chong Chee Kheong, dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) YBhg. Dato' Dr. Asmayani Khalib. 

Kemudian, YB Khairy Jamaluddin menyampaikan sumbangan kepada JKN Pulau Pinang melalui Ybhg. Dato' Mohd Shafiq Abdullah dan Greater Klang Valley Special Task Force (GKVSTF). Antaranya ialah 370 unit silinder oksigen 10.7 m³, 20,000 unit Viral Transport Medium hasil sumbangan WHO dan 55 unit Oxygen Concentrator  hasil sumbangan Yayasan Bursa Malaysia dan Creador Foundation.

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)