DR ADHAM LANCAR KEMPEN BEAT MOUTH CANCER
PUTRAJAYA, - YB Dato' Sri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia telah melancarkan Minggu Kesedaran Kanser Mulut 2020 di Dewan Serbaguna, kementerian, hari ini.
Ketika melancarkannya, Dr Adham berkata, kanser mulut boleh dicegah dengan pengesanan awal dan seterusnya rawatan awal.
Beliau berkata, kanser mulut adalah penyakit yang lebih kerap berlaku di negara-negara Asia berbanding di negara barat.
Jelasnya, di Malaysia, secara purata terdapat dua (2) kes kanser mulut didiagnos setiap hari. Oleh itu, ' I Am and I Will #BEATMOUTHCANCER ' telah dipilih sebagai tema Minggu Kesedaran Kanser Mulut bagi tahun ini.
Tambah Dr Adham lagi, Minggu Kesedaran Kanser Mulut 2020 selama seminggu mulai dari 7 hingga 13 November 2020 merupakan inisiatif tahunan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai faktor-faktor risiko, tanda-tanda dan gejala, kaedah pengesanan awal serta langkah-langkah pencegahan kanser mulut.
"Walaupun kanser mulut tidak tersenarai di dalam Top Ten Most Common Cancer In Malaysia tetapi menurut data daripada National Cancer Registry 2012-2016, kanser mulut dilaporkan sebagai kanser ke-6 berlaku di kalangan rakyat dan perlu mencegahnya sebelum menjadi parah.
Kajian itu menunjukkan bahawa pengesanan awal kanser melalui kaedah saringan mampu menyekat kadar survival supaya rawatan dapat diberikan pada peringkat awal."
Sambutan Minggu Kesedaran Kanser Mulut merupakan anjuran Pusat Penyelidikan dan Penyelarasan Kanser Mulut (OCRCC), dari Fakulti Pergigian Universiti Malaya (UM) dan Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) bersama 18 agensi yang lain.
Program julung kali ini telah dilancarkan secara maya dan berjalan lancar melalui komitmen semua pihak yang terlibat.
Turut hadir, Profesor Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abdul Shukor, Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Profesor Dr. Jennifer Geraldine Doss, Ketua OCRCC, Dr. Noormi Othman, Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian KKM dan Profesor Dr. Sabri Musa, Dekan Fakulti Pergigian UM.
SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA