KENYATAAN AKHBAR KKM, 7 NOVEMBER 2020
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 1,029 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 27,409 kes (69.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Pecahan kes sembuh mengikut negeri adalah seperti berikut;
- Sabah (780 kes);
- Wilayah Persekutuan Labuan (83 kes);
- Negeri Sembilan (50 kes);
- Selangor (41 kes);
- Pulau Pinang (30 kes);
- Perak (10 kes);
- Kedah (10 kes);
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (6 kes);
- Terengganu (6 kes);
- Johor (6 kes);
- Sarawak (5 kes); dan
- Pahang (2 kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Secara keseluruhannya, sehingga 7 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,168 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 39,357 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,666 kes.
Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 616 kes (52.7 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 275 kes (23.5 peratus) dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan mencatatkan sebanyak 104 kes positif (8.9 peratus) pada hari ini. Kelima-lima negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan menyumbang sebanyak 995 kes (85.2 peratus) daripada keseluruhan kes positif COVID-19 pada hari ini.
Sebanyak 229 kes (19.6 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara. Ini melibatkan Kluster PTS Tawau (121 kes), Kluster Penjara Sandakan (91 kes), Kluster Penjara Kepayan (8 kes), Kluster Tembok (6 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes).
Ingin dimaklumkan daripada 1,168 kes baharu pada hari ini, tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kesemua kes yang dilaporkan merupakan kes penularan COVID-19 dalam negara.
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
- Sabah: 616 kes
- 256 kes daripada kluster-kluster sedia ada, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Softwood LD;
- 205 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 155 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Selangor: 247 kes
- 154 kes daripada kluster-kluster sedia ada, termasuk 58 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Teratai;
- 65 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan : 104 kes
- 57 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan : 68 kes
- 61 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Satu (1) daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
- Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak : 37 kes
- 36 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 28 kes
- 20 kes daripada kluster-kluster sedia ada, termasuk 14 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Damanlela dan Kluster Mahkota;
- Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sarawak : 25 kes
- 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang : 18 kes
- 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah : 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
- Johor : Lima (5) kes
- Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada; dan
- Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Terengganu :Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada.
- Melaka : Dua (2) kes
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sehingga kini, terdapat 87 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.
SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA