KENYATAAN AKHBAR KKM COVID-19 DI MALAYSIA, 4 NOVEMBER 2020
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 820 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 24,815 kes (70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Pecahan kes yang sembuh adalah seperti berikut:
- Sabah (472 kes);
- Selangor (103 kes);
- Negeri Sembilan (71 kes);
- Wilayah Persekutuan Labuan (66 kes);
- Pulau Pinang (46 kes);
- Kedah (21 kes);
- Perak (21 kes);
- Sarawak (14 kes);
- Johor (3 kes);
- Kelantan (2 kes); dan
- Melaka (1 kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Secara keseluruhannya, sehingga 4 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,032 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 35,425 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,339 kes.
Dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 646 kes (62.6 peratus) daripada keseluruhan kes positif harian. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 244 kes (23.6 peratus). Manakala, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan pula mencatatkan 28 (2.7 peratus) kes positif pada hari ini. Kelima-lima negeri ini telah menyumbang sebanyak 918 kes (89.0 peratus) secara keseluruhan. Negeri-negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Sebanyak 98 kes (9.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster penjara dan Pusat Tahanan Sementara (PTS). Ini melibatkan Kluster Penjara Sandakan (34 kes), Kluster Penjara Kepayan (24 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (16 kes), Kluster Rumah Merah (11 kes), Kluster Tembok (8 kes) dan Kluster Benteng PK (5 kes).
Ingin dimaklumkan daripada 1,032 kes baharu pada hari ini, terdapat tiga (3) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang kesemuanya melibatkan bukan warganegara yang tiba dari negara:
- India (1 kes);
- Singapura (1 kes); dan
- Filipina (1 kes).
Daripada 1,029 kes penularan di dalam negara, satu (1) kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 479 kes.
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
- Sabah: 646 kes
- 100 kes daripada kluster-kluster, termasuk 54 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Penjara Sandakan, Kluster Dialisis, dan Kluster Sepanggar.
- 367 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- 179 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Selangor: 231 kes
- 155 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Aero;
- 40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
- Satu (1) kes saringan Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
- 34 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan : 44 kes
- 36 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lengkuk;
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan : 28 kes
- Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah : 25 kes
- 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang : 23 kes
- 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Dua (2) daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Sarawak : Sembilan (9) kes
- Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : Tujuh (7) kes
- Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak : Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya : Empat (4) kes
- Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Gading; dan
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Terengganu : Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada.
- Kelantan: Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Johor : Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Sehingga kini, terdapat 82 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.