SIDANG MEDIA KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA, 3 NOVEMBER 2020
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 875 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 23,995 kes (69.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Pecahan kes yang sembuh adalah seperti berikut:
- Sabah (549 kes);
- Selangor (149 kes);
- Pulau Pinang (110 kes);
- Wilayah Persekutuan Labuan (20 kes);
- Johor (13 kes);
- Kedah (10 kes);
- Perak (9 kes);
- Negeri Sembilan (7 kes);
- Melaka (3 kes);
- Sarawak (2 kes);
- Kelantan (2 kes); dan
- Terengganu (1 kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Secara keseluruhannya, sehingga 3 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,054 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 34,393 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,135 kes.
Dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan jumlah sebanyak 678 kes (64.3 peratus) daripada keseluruhan kes positif harian. Sebanyak 310 kes (29.4 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster penjara dan Pusat Tahanan Sementara (PTS). Daripada jumlah itu, Kluster Rumah Merah menyumbang sebanyak 229 kes (73.9 peratus).
Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 150 kes (14.2 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes. Manakala, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan pula mencatatkan 81 (7.7 peratus) kes positif pada hari ini. Kelima-lima negeri ini telah menyumbang sebanyak 909 kes (86.2 peratus) secara keseluruhan. Ini adalah berikutan lebih banyak saringan yang dijalankan di negeri-negeri yang masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ingin dimaklumkan daripada 1,054 kes baharu pada hari ini, terdapat 14 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan tiga (3) warganegara dan 11 bukan warganegara yang tiba dari negara:
- Korea Selatan (4 kes);
- Jepun (2 kes);
- Filipina (2 kes);
- Uzbekistan (1 kes);
- China (1 kes);
- Hong Kong (1 kes);
- Nepal (1 kes);
- United Kingdom (1 kes); dan
- Republik Maldives (1 kes).
Daripada 1,040 kes penularan di dalam negara, tujuh (7) kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 478 kes.
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
- Sabah: 678 kes
- 290 kes daripada kluster- kluster sedia ada;
- 221 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes saringan Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
- 166 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Selangor: 124 kes
- 61 kes daripada kluster- kluster sedia ada;
- 35 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan : 81 kes
- 58 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
- Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan : 71 kes
- 53 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Cergas;
- 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang : 35 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Permatang.
- Sarawak : 21 kes
- 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah : 12 kes
- 10 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Permatang;
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 10 kes
- Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya : Tiga (3) kes
- Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Perak : Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
- Johor : Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
- Melaka : Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Terengganu : Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
Sehingga kini, terdapat 94 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.
SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA