SIDANG MEDIA PERKEMBANGAN PKPP, 5 NOVEMBER 2020


1.Task Force Operasi Pematuhan

•2,944 Pasukan Pematuhan terdiri daripada 13,834 anggota telah melakukan 57,185 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP

•3,558 pasar raya, 5,028 restoran, 1,149 kilang, 1,530 pasar awam/tani, 2,855 tempat ibadah serta 1,250 tempat riadah telah diperiksa.

•PDRM juga telah menahan 506 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Seramai 498 individu telah dikompaun, 6 direman dan 2 dijamin.


2. Kawalan Sempadan Negara

•Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 41 PATI, 2 tekong, 2 penyeludup  serta merampas 5 kenderaan darat.

•Daripada jumlah itu, pasukan ATM berjaya menahan 23 PATI di kawasan Hutan Desaru Coast, Johor.

•Sebanyak 279 SJR Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara melibatkan:

oPDRM – 149 SJR

oATM    – 121 SJR

oAKSEM – 9 SJR


3. Operasi Sanitasi Awam 

•KPKT telah melakukan 11,103 operasi sanitasi merangkumi 137 zon.

•Semalam, sebanyak 29 operasi sanitasi meliputi 11 Zon Merah, 2 Zon Kuning dan 9 Zon Hijau di 8 buah negeri

• Operasi Sanitasi ini melibatkan 195 anggota JBPM serta 108 anggota PBT


4.Kuarantin Wajib

•Seramai 61,331 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

•9,886 individu sedang jalani kuarantin wajib di 67 Hotel dan 19 premis termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan

•384 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 51,061 individu dibenarkan pulang ke rumah.


5. Deepavali

•Kerajaan bersetuju untuk membenarkan penganut Hindu mengikuti sesi upacara sembahyang pada hari pertama sahaja di kawasan yang dilaksanakan PKPP dan PKPB dengan SOP ketat yang telah ditetapkan.

•Pergerakan merentas Mukim/ Daerah/Negeri daripada kawasan PKPB dan PKPD bagi tujuan balik kampung adalah tidak dibenarkan.


6.SOP Deepavali dalam kawasan PKPP dan PKPB

a.Rumah Ibadat (Kuil)

•Menyediakan kaunter di pintu masuk bagi memeriksa suhu badan dan saringan gejala berkaitan COVID-19 seperti batuk, sakit tekak atau sesak nafas.

•Kehadiran menggunakan aplikasi MySejahtera atau direkodkan di dalam buku kehadiran.

•Penganut yang menghidap penyakit kronik, warga emas dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak digalakkan hadir.

•Upacara sembahyang hendaklah mematuhi SOP Pembukaan Rumah Ibadat yang telah dikeluarkan dan tidak melebihi 30 orang pada satu masa tertakluk kepada keluasan ruang Rumah Ibadat (Kuil) dengan penjarakan fizikal.

•Sesi upacara sembahyang perlu diadakan bermula jam 7.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari dengan pembahagian sebanyak 5 sesi sahaja (30 minit setiap sesi) dan diselangi dengan operasi sanitasi selama 30 minit sebelum memulakan sesi baharu.

•Manisan perlu diagihkan secara berbungkus (packing) kepada para penganut dan terus bersurai selepas selesai upacara sembahyang.

b.Rumah Kediaman

•Bagi sambutan perayaan di Rumah Kediaman Landed dalam kalangan keluarga terdekat dan tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa.

•Manakala bagi Rumah Kediaman Strata dengan keluasan kurang daripada 1500kps (tidak melebihi 10 orang) dan bagi keluasan melebihi 2500kps (tidak melebihi 15 orang) pada satu-satu masa.

•Ahli Keluarga / Individu DIGALAKKAN memakai pelitup muka, memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dan sentiasa mengutamakan kebersihan diri. (hand sanitizer/sabun pencuci tangan)

c. Aktiviti Jualan/Perniagaan 

•Aktiviti jualan/perniagaan hanya di premis yang DIBENARKAN oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau mana-mana pihak berkuasa lain sahaja.

•Aktiviti jualan secara atas talian (online) adalah DIGALAKKAN.


7. SOP Deepavali dalam kawasan PKPD 

a.Rumah Ibadat (Kuil)

•Upacara sembahyang di rumah ibadat (kuil) adalah tidak dibenarkan.

b.Rumah Kediaman 

•Sambutan perayaan dibenarkan bagi seisi keluarga dalam rumah yang sama sahaja dengan memastikan penjarakan fizikal, kebersihan diri dan mengelakkan 3S iaitu Sesak, Sempit dan Sembang Dekat

•Melaksanakan sanitasi secara berkala terutamanya di meja makan dan permukaan yang terdedah kepada banyak sentuhan.

•Aktiviti ziarah dikawasan PKPD adalah tidak dibenarkan.

c.Aktiviti Jualan/Perniagaan 

•Aktiviti jualan/perniagaan di kawasan PKPD adalah tidak dibenarkan.


8. PKPD Penjara Pokok Sena, Kedah

•Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD Penjara Pokok Sena, Kedah pada 7 November 2020 sebagaimana yang telah dijadualkan.


9. PKPD 6 Lokaliti di Semporna, 1 Lokaliti di Kunak 

•Kerajaan bersetuju PKPD di 6 lokaliti di Semporna dan 1 lokaliti di Kunak ditamatkan pada 6 November 2020 seperti yang telah dijadualkan.

•Namun, lokaliti-lokaliti ini masih tertakluk kepada PKPB seluruh Negeri Sabah yang sedang berkuatkuasa.


10. PKPD Anjung Teduh FELDA Sahabat, Lahad Datu

•Kerajaan bersetuju melanjutkan lagi PKPD Anjung Teduh FELDA Sahabat, Lahad Datu daripada 7 November 2020 hingga 20 November 2020.


11. PKPD Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, Sabah

•Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Tahanan Sementara Tawau, Sabah berkuatkuasa 6 November 2020 sehingga 19 November 2020.

•PKPD ini melibatkan 1,707 inidividu yang terdiri daripada 1,603 tahanan dan 104 kakitangan.


12. PKPD Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira, Sandakan

•Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira, Sandakan berkuatkuasa 6 November 2020 sehingga 19 November 2020.

•PKPD ini melibatkan seramai 1,605 individu yang merangkumi 1,308 orang tahanan dan 297 orang kakitangan.


13. PKPB Mukim Parit Buntar, Perak

•Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPB di Mukim Parit Buntar, Perak berkuatkuasa 7 November sehingga 20 November 2020 melibatkan 45,359 orang penduduk dan 7,847 unit rumah.


14. PKPB Mukim Rasau, Dungun, Terengganu

•Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPB di Mukim Mukim Rasau, Dungun, Terengganu berkuatkuasa 7 November sehingga 20 November 2020 melibatkan seramai 43,687 orang penduduk.


15. PKPB Mukim Jimah, Port Dickson, Negeri Sembilan

•Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPB di Mukim Jimah, Port Dickson, Negeri Sembilan berkuatkuasa 7 November sehingga 20 November 2020 melibatkan 24,540 orang penduduk.

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)