KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN, 15 OKTOBER | COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 409 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 12,014 kes (66.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Pecahan kes yang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:
- Kedah (226 kes);
- Sabah (111 kes);
- Selangor (50 kes);
- Terengganu (8 kes)
- Johor (7 kes);
- Negeri Sembilan (6 kes); dan
- Pahang (1 kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 15 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 589 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 18,129 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 5,945 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini, Negeri Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 304 kes (51.6 peratus). Secara keseluruhan, sebanyak 91 kes (15.4 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Seberang Perai. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara. Negeri-negeri di Lembah Klang pula merangkumi 27.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, iaitu Negeri Selangor mencatat 150 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sembilan (9) kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya satu (1) kes.
Ingin dimaklumkan daripada 589 kes baharu yang dilaporkan, terdapat tiga (3) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang kesemuanya melibatkan bukan warganegara iaitu dari negara:
- Indonesia (2 kes daripada saringan masuk kerja di Sarawak); dan
- Ukraine (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
- Sabah: 304 kes
- 165 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- 25 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 13 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Olive; dan
- 101 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Selangor: 150 kes
- 125 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Sembilan (9) kes saringan individu bergejala termasuk empat (4) kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 52 kes
- 50 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Pengkalan.
- Kedah: 31 kes
- 28 kes daripada Kluster Tembok; dan
- Tiga (3) kes saringan individu bergejala.
- Pulau Pinang: 16 kes
- 15 kes daripada kluster- kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
- Negeri Sembilan: 11 kes
- Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes daripada Kluster Bah Kasturi; dan
- Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Sembilan (9) kes
- Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada; Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan: Enam (6) kes
- Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
- Dua (2) kes daripada Kluster baharu iaitu Kluster Saguking; dan
- Satu (1) kes daripada Kluster Bah Bundle.
- Sarawak: Dua (2) kes
- Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Melaka: Dua (2) kes
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
- Kelantan: Dua (2) kes daripada saringan sign on kapal.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Pasir.
Sehingga kini, terdapat 103 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada 586 kes penularan di dalam negara, 453 kes adalah warganegara Malaysia dan 133 kes adalah bukan warganegara.