PKPD TAMAN KHAZANAH INDAH DAN PPR MUTIARA KASIH DI LAHAD DATU BERMULA 13 OKTOBER



Sidang bersetuju untuk laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Khazanah Indah dan PPR Mutiara Kasih yang akan berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam 13 - 26 Oktober 2020 melibatkan 5,452 penduduk

Semua penduduk dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya:

Semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar daripada rumah masing-masing.

Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka dibenarkan untuk keluar zon tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada PDRM

KKM akan melakukan saringan secara bersasar kepada semua penduduk yang terlibat.

Bekalan keperluan makanan akan diagihkan oleh Kerajaan negeri yang dikoordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri.

PDRM, ATM, APM, RELA, PBT dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat. Maklumat lanjut dan SOP, rujuk laman sesawang MKN

SUMBER: MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)