PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DI KLANG
Kerajaan masih berbincang dengan Kerajaan negeri Selangor mengenai kawasan dan lokaliti yang terlibat dan akan mengumumkan setelah ianya ditentukan
Bagi memastikan kegiatan ekonomi dan bekalan barangan serta makanan tidak terjejas, mesyuarat juga bersetuju membenarkan aktiviti ekonomi beroperasi iaitu:
• Pasar Borong bermula jam 4.00 pagi -2.00 petang
• Pasar Biasa bermula jam 6.00 pagi -2.00 petang
• Pasar Tani bermula jam 6.00 pagi -12.00 tengahari
• Operasi pasar malam adalah tidak dibenarkan.
• Kedai-kedai makan, warung juga boleh dibuka tetapi terhad dari jam 6.00 pagi sehingga 10.00 malam dan hanya untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta take away sahaja.
• Senarai lebih terperinci kegiatan ekonomi akan diumumkan oleh MITI dalam masa terdekat.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob