7 JURURAWAT KKM KELANTAN KE SABAH
MOBILISASI JURURAWAT KKM DARI SEMENANJUNG MALAYSIA KE NEGERI SABAH
Seramai 7 orang Jururawat lagi dari Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah dimobilisasi ke Hospital Tawau, Sabah semalam. Mereka merupakan Jururawat daripada beberapa buah hospital JKN Kelantan iaitu:
- Hospital Raja Perempuan Zainab II (1 orang)
- Hospital Tengku Anis (1 orang)
- Hospital Gua Musang (2 orang)
- Hospital Sultan Ismail Petra (1 orang)
- Hospital Tanah Merah (2 orang)
Kesemua petugas barisan hadapan ini telah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik COVID-19.
Bagi pihak rakyat Malaysia, terima kasih diucapkan kepada wira dan wirawati negara ini!